Studio Drama Sangat

Studio Drama Sangat ialah rancangan televisyen Malaysia yang disiarkan di TV3, dihoskan oleh Janna Nick sebagai pengacara dan Nabila Huda sebagai pengacara gantian. Ia bersiaran pada hari Sabtu, jam 9 malam bermula 4 Januari 2020. Siri ini menampilkan barisan pelakon-pelakon dan pengarah drama Melayu terbitan TV3 tidak kira dari slot Akasia, Lestary mahupun Samarinda. Tetamu-tetamu ini akan tampil sebagai watak mereka mainkan dalam drama tersebut dan bermain permainan yang disediakan oleh kru Studio Drama Sangat.Segmen pertama ialah segmen menemuramah tetamu-tetamu untuk mengenal tentang drama dan watak mereka. Segmen kedua hingga segmen akhir, mereka akan bermain permainan bagi memenangi masa untuk mereka mempromosikan drama mereka.

Studio Drama Sangat

Bahasa Melayu
Negara asal Malaysia
Penerbit eksekutif Mas Ayu Haji Ali
Penerbit Desmond Iey Swee Yeow
Pemasangan kamera 1080i (HDTV)
Syarikat penerbitan Primeworks Studios
Pengacara
Lokasi Studio C, Sri Pentas, Bandar Utama
Tempoh siaran 44 minit
Siaran asal 4 Januari 2020 – kini
Bilangan episod 6 (sehingga 8 Februari 2020)
Genre Hiburan
Saluran asal TV3
Dibangunkan oleh TV3